Saturday 16 June 2012

surat cinta terakhir

Kehadapan lelaki yag amat saya cintai,

saya telah mengembara ke hujung dunia untuk mencari cinta saya,
tapi setelah pertama kali berjumpa awak,
hati saya terus terpaut,
Demi Allah, saya tak tahu kenapa.


saya telah menolak awak kerana mungkin awak tidak mempunyai perasaan yang sama,
tapi awak cabar saya dengan kejujuran awak,,
awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan,
dan awak berjanji saya bukan lah sekadar kupu kupu yang dijadikan perhiasan di kamar awak.


hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.
semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak.
bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa,
dewasa menjadi cinta.


dan saat saya terlalu mencintai awak, saya terjatuh kedalam perasaan yang paling dalam.
lemas dan hampir tenggelam dalam lautan kasih sayang, bersam sejuta impian.
dan saya mula terfikir,
saya menggembara ke hujung dunia untuk mencari awak,
rupanya awak berada disisi saya selama ini,
dan baru saya sedari tika dan saat itu.


bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana dihati awak, untuk bertakhta dan menjadi permaisurinya,
dan telah nyata, saya tak temui nokhtah cinta itu.


tapi akkhirnya,, bila awak telah memiliki cinta saya, awak campakkanya jauh ke dasar laut yang saya tak mampu untuk selami,
di sana, saya tak mampu untuk melihat cahaya,
awak beri saya harapan yang sangat besar, tetapi akirnya awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam,


hati saya terlampau sedih  bila awak cakap yang awak tak tahu apa sebenarnya yang awak cari, tapi jauh di sudut hati saya, saya tahu awak masih belum matang untuk memahami apa itu cinta,
dan mungkin awak takkan pernah dewasa..


awak,,
sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak,
saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak ambil tah,
kalau awak bertanya kepada saya sedalam mana cinta saya terhadap awak, inila jawapan saya.


"kalau satu hari nanti awak kehilangan sepasang mata, saya akan berikan sepasang mata saya untuk awak, agar awak dapat melihat semula, meskipun untuk itu saya harus buta untuk selama lamanya."

"kalau satu hari nanti awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya kepada awak, agar awak boleh bersuara kembali , meskipun untuk itu saya terpaksa bisu uuntuk selama lamanya."

awak,
dengarlah...saya mencintai awak..
terlalu mencintai awak..dan kerana saya mencintai awak lah..saya melangkah pergi untuk kebahagiaan awak..
saya berdoa supaya suatu hhaii nanti awak temui kebahagiaan awak..
saya berharap agar awak tak pernah terlewat untuk menyesal..



2 comments:

  1. seyes ! i'm so touch ! bersabar laa selagi mampu .. perpisahan hari ini , insyaallah untuk kebahagiaan hari esok !

    ReplyDelete
  2. thnx najihah...hopefully mcm tu la

    ReplyDelete